Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Selepas sebulan berada di University of Ramadhan, kini tiba masa ia meninggalkan kita. Jika panjang umur next year berjumpa lagi, jika tidak mungkin ini ramadhan terakhir buat kita semua. Semoga segala amalan dan pentarbiyahan yang kita lakukan selama Ramadhan, insyaAllah di beri ganjaran dan bekalan untuk hari-hari kemudian. Pihak NMC akan menganjurkan Solat Sunat Eid ul Fitri dan Sambutan Hari Raya 2012 sebagaimana berikut :- Hari : Hari Raya Pertama Tempat : Radford Primary School ( NG7 3FL ) Aturcara Majlis : 9.00 - 9.20 am : Ketibaan dan persiapan dewan 9.20 - 9.45 am : Takbir 9.45 - 10.30 am : Solat Sunat Eid ul Fitri & Khutbah Raya 10.30 - 12.30 am : Jamuan Raya 12.30 - 1.00 pm : Kemas Dewan & Bersurai Diharapkan semua rakyat Malaysia di Nottingham dapat menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ini nanti
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |