Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan selamat datang kepada Dr. Mohd Farid dan Dr. Hazulin sekeluarga ke bumi Nottingham. Dr. Hazulin akan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Queen's Medical Centre, University of Nottingham. Mereka bersama 2 orang anak telah tiba di Nottingham pada Ahad 12 Oktober 2014 yang lalu dan kini menetap di kawasan Dunkirk. Kami amat mengalu-alukan ketibaan anda sekeluarga dan semoga ukhuwah yang terjalin di kalangan kita semakin erat selepas ini. Selamat datang sekali lagi untuk Dr. Farid sekeluarga!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |