Assalamualaikum dan salam sejahtera,
NMC Games 2014 telah diteruskan dengan sukan kedua iaitu Pingpong lelaki dan wanita. Acara tersebut berlangsung pada hari Rabu 8 Oktober 2014 dan Jumaat 10 Oktober 2014 bertempat di John Caroll Leisure Centre, Nottingham. Kedua-dua pasukan yang bertanding, NMC Tigers dan NMC Lions telah menurunkan barisan terbaik mereka. Acara yang telah dipertandingkan adalah: - Perseorangan lelaki - Bergu Lelaki 1 - Bergu lelaki 2 - Bergu Lelaki 3 - Perseorangan Wanita 1 - Perseorangan wanita 2 Untuk pasukan NMC Tigers, mereka telah membariskan saudara Zulhelmy@Ming (perseorangan lelaki), Ammar/Jefri (bergu lelaki 1), Zailani/ Hafiz Baharudin (bergu lelaki 2), Hilmi/Khairuddin@ Pak Din (bergu lelaki 3), Dr. Natasya (perseorangan wanita 1) dan Dr. Asma' (perseorangan wanita 2). Manakala untuk pasukan NMC Lions, mereka telah menurunkan Dr. Poon (perseorangan lelaki 1), Harris/Asyran (bergu lelaki 1), Nazman/Sani (bergu lelaki 2), Azam/Nizam (bergu lelaki 3), Puan Nazatul Hanim (perseorangan wanita 1) dan Dr. Urwah (perseorangan wanita 2). Berikut adalah keputusan penuh perlawanan: - Perseorangan lelaki: NMC Lions menang 21-16, 17-21, 21-13 - Bergu lelaki 1: NMC Lions menang 21-8, 21-15 - Bergu lelaki 2: NMC Tigers menang 21-15, 21-10 - Bergu lelaki 3: NMC Lions menang 23-21, 21-12 - Perseorangan wanita 1: NMC Lions menang 21-15, 21-13 - Perseorangan wanita 2: NMC Lions menang 21-9, 21-8 Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pemain yang bertungkus-lumus berjuang dan semua sahabat NMC yang sudi hadir memeriahkan acara tersebut. Semoga berjumpa lagi pada acara yang seterusnya.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |