PILIHANRAYA NMC 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah, kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2014. Ini bermakna, mandat saya dan rakan-rakan ahli jawatankuasa NMC 2014 bakal berakhir tidak lama lagi. Sudah tiba masanya untuk kami mengundurkan diri dan memberi peluang kepada wajah-wajah baru untuk terus memimpin NMC untuk tahun yang akan datang. Maka dengan ini, saya sebagai wakil jawatankuasa NMC 2014, dengan rasminya mengumumkan bahawa Pilihanraya NMC 2014 akan dilangsungkan pada sepanjang bulan November 2014. Semua warga Malaysia yang menetap di Nottingham (postgraduate, post-doc, sabbatical, bekerja serta pasangan) TIDAK TERMASUK undergraduates layak untuk mengundi. Nama-nama calon telah dipilih dan ditapis oleh Suruhanjaya Pilihanraya NMC. Kriteria pemilihan calon-calon adalah seperti berikut: 1) Belum pernah memegang jawatan dalam NMC 2) Bukan pelajar tahun akhir/tahun 3 3) Tidak pernah menolak untuk memegang jawatan sebelum ini tanpa sebab yang munasabah 4) Dijangka akan berada di Nottingham sehingga penghujung tahun 2015 Jika nama suami dan isteri terpilih, maka nama suami akan diutamakan. Secara automatic nama isteri akan terbatal dan pilihan kedua tertinggi akan dipilih sebagai wakil HELWA. Undian akan dilakukan secara dalam talian/online menerusi link: http://goo.gl/forms/6AMaeU2Qbv Setiap warga NMC dibenarkan mengundi SEKALI sahaja dan sila masukkan nama anda (yang boleh dikenali) di bahagian bawah link tersebut. Setiap undian akan dipantau oleh Suruhanjaya Pilihanraya NMC dan semua undian anda akan dirahsiakan. Tujuan memasukkan nama adalah untuk memastikan tiada yang mengundi lebih daripada sekali. Undian kali kedua dan seterusnya dianggap rosak/batal dan hanya undian pertama sahaja yang akan diambil kira. Waktu mengundi adalah bermula dari pukul 12:00am Sabtu 1 November 2014 hingga 11:59pm Ahad 30 November 2014. Segala undian di luar waktu tersebut tidak akan diambil kira. Ayuh, jalankan tanggungjawab kita semua. Setiap undi anda sangat bernilai. Undilah demi masa depan NMC yang lebih gemilang. Selamat mengundi. JOM UNDI untuk NMC!! Mohd Fadly Mohd Noor NMC 2014
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |