Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berbekalkan latihan itensif badminton selama dua minggu berturut-turut, satu perlawanan persahabatan telah diaturkan untuk warga NMC menentang Naseeb team. Pasukan NMC yang rata-rata dibarisi pemain yang mantap bersedia dengan segala kemungkinan ketika berhadapan dengan pihak lawan. Sayugia atau sayurnya menjadi topik perbincangan setelah tamat aksi persahabatan tersebut. Program diakhiri dengan jamuan berat yang disediakan oleh Saudara Azam. Antara menu termasuklah beehun goreng,teh tarik dah cucur udang. Terimakasih kepada saudara Azam di atas juadah yang lazat ini. Terimakasih juga kepada team Naseeb kerana memberi tentangan yang agak "sengit".
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |