Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada Ahad 19 Oktober 2014, NMC Games diteruskan dengan acara Netball (Bola Jaring) diantara pasukan Lionesses & Tigresses. Permainan ini telah berlangsung di Netball Outdoor Court, University Park lebih kurang jam 2:55 p.m. Pengadil dari NMS, Cik Zafirah telah dijemput secara khas untuk mengadili acara tersebut. Puan Bazlin telah berbesar hati untuk mengacara acara ini yang dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Permainan dibahagikan kepada 4 'quarters': 10 minit setiap 'quarter' & 3 minit rehat diantara setiap 'quarter'. Setelah diberi penerangan ringkas tentang peraturan permainan & pengenalan sesi 'Shoot the Hoop' semasa waktu rehat, pihak Tigresses telah memilih untuk memulakan permainan melalui proses 'Flip of the Coin'. Pada Quarter 1, Tigresses menunjukkan kehebatan masing-masing dimana mereka mendahului permainan dengan mata 6 - 2. Setelah sesi rehat, Lionesses menebus kekalahan dengan menjaringkan 3 gol manakala Tigresses tidak kurang hebatnya dengan 2 gol. Seorang Tigress, Elissa Nadia Madilah mengalami kecederaan pergelangan kaki dan bernasib baik kerana mendapat rawatan daripada Dr. Urwah yang telah bersiap sedia lebih awal sebagai Medic. Nor Hazren Abdul Hamid telah menunjukkan bakat untuk 'Shoot the Hoop' pada sesi rehat dan berjaya menjaringkan gol. Permainan diteruskan untuk Quarter 3 dimana Tigresses sekali lagi mengungguli permainan dengan mata 6 - 2 walaupun hujan turun renyai-renyai pada ketika itu. Quarter 4 terpaksa diberhentikan lebih awal apabila masa tidak mengizinkan. Pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain yang telah berjuang untuk pasukan masing-masing dan terima kasih kepada ahli-ahli Helwa yang telah meluangkan masa untuk hadir memberi sokongan. Semoga berjumpa lagi pada acara seterusnya. Skor akhir: Tigresses vs Lionesses 15 - 8 Disediakan oleh: Nurain Saiful
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |