Pada 4 September 2011 yang lalu, pihak NMC telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NMC 2011/1432H di The Atrium, Nottingham Jubilee Campus, University of Nottingham. Majlis didahukan dengan taskirah ringkas oleh Ust Suharman yang antara lain menekankan adab dan simbolik disebalik perayaan Aidilfitri selain membincangkan kepentingan istiqamah dalam melaksanakan amalan-amalan fardhu dan sunat sebagaimana yang telah dilakukan sepanjang menempuh bulan Ramadhan al-Mubarak yang lalu. Pelbagai juadah menarik hasil sumbangan warga NMC telah disediakan. Antaranya nasi tomato, ayam masak merah, ayam goreng, rendang daging, dalca, nasi impit, kuah kacang, kek, kuih-muih dan sebagainya. Keceriaan warga NMC sepanjang majlis diadakan jelas ternyata dengan kaum lelakinya masing-masing tidak lepas mengenakan baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin; dengan kaum wanitanya berbaju kurung, kebaya, songket dan sebagainya. Turut memeriahkan majlis adalah seleksi dendangan lagu-lagu hari raya diselangi alunan nasyid oleh warga cilik NMC. Sesi fotografi kenudiannya dijalankan di sekitar kawasan kampus universiti. Pihak NMC amat berterima kasih kepada seluruh warga NMC di atas sokongan dan kerjasama dalam memastikan perjalanan majlis berjalan dengan baik dan lancar. disediakan oleh: MHY
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |