Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada petang tadi, Ahad 7 September 2014, telah diadakan Kejohanan Golf tertutup NMC 2014 bertempat di Bullwell Forest Golf Club, Nottingham. Kejohanan ini juga diadakan sempena kepulangan En. Mirza dan keluarga ke tanahair tidak lama lagi. Sesi bermula pada pukul 1:30 pm itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada warga NMC. Dalam keadaan cuaca yang sangat baik, para peserta turun ke padang dengan penuh bergaya. Para pemain dapat menghabiskan 15 lubang dengan jayanya. Beberapa kategori yang dipertandingkan antaranya Longest Drive, nearest to the pin, hole in one dan top three finishes. En. Mirza telah bermurah hati menaja hadiah-hadiah kemenangan termasuk kayu golf berjenama dan hadiah sampingan. Hadiah kedudukan 3 teratas dimenangi oleh: 1) En. Saadon 2) En. Mirza 3) En. Azam Said (juga memenangi kategori Longest Drive) Kami dari pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang sama-sama turut serta dalam menjayakan sesi untuk kali ini. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Mirza & keluarga, semoga kita berjumpa lagi dan dapat bermain golf di tanahair pula.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |