Pengumuman Rasmi Tarikh Permulaan Puasa bagi tahun 1433 H / 2012
Adalah dimaklumkan pihak Regent Mosque London sebentar tadi telah mengeluarkan pengumuman rasmi tarikh permulaan puasa bagi tahun 1433 H / 2012 adalah bermula dari JUMAAT, 20 JULAI 2012. Sehubungan itu, program-program Ihya Ramadhan juga bermula secara rasmi mulai malam ini dengan sembahyang terawikh di Dewan Utama, Education Malaysia, London. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Education Malaysia dengan ini juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelajar dan komuniti Islam di UK. AJK NMC mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga NMC dan juga komuniti islam di bulan Ramadan ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |