Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. "Merdeka! Merdeka! Merdeka!". Bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia pada 31 August 2014 yang lepas, Pihak NMC tidak ketinggalan untuk memeriahkan majlis dengan mengadakan perlawanan Pesta Bola Merdeka NMC menentang pasukan Garuda Senior Notts (Indonesia). Perlawanan persahabatan ini juga bersempena dengan kemerdekaan negara Indonesia pada tanggal 17 Aug 1945. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sambil mengenali warga Indonesia di bumi Nottingham dengan lebih erat lagi. Perlawanan dimulakan dengan ucapan dari kedua-dua kapten pasukan Harimau Malaya Senior Notts (Pak Din) dan Kapten Garuda Senior Notts (Pak Fifik). Majlis diteruskan dengan sesi bergambar sebelum perlawanan. Perlawanan dengan konsep tujuh sebelah ini bermula sekitar 3.30pm dengan keadaan cuaca yang begitu baik. Pihak Notts memulakan serangan dan berjaya memperolehi gol pertama. Permainan diteruskan dengan persembahan hebat kedua-dua pasukan. Pasukan NMC dengan permainan hantaran pendek mengasak kerap ke kubu lawan dengan strategi mereka bermain hantaran panjang. Sekali sekala serangan balas dari pihak lawan mencemaskan pertahanan NMC. Permainan ditamatkan dengan jaringan 8 (Harimau Malaya Senior Notts) berbalas 2 dari pihak Garuda Senior Notts. Setelah tamat perlawanan pemain-pemain dihidangkan dengan Sandwich Sardin Sengat yang dibuat khas oleh Chef Suvik beserta minuman isotonic. Program diakhiri dengan sesi bergambar sekali lagi. Terimakasih buat warga Indonesia. Di harap program ini dapat diteruskan menjadi acara tahunan di masa akan datang. Kami dari Nottingham mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan. Merdeka, Merdeka, Merdeka.
Keputusan Perlawanan Harimau Malaya Senior Notts (8) VS Garuda Senior Notts (2)
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |