Aktiviti sukan mingguan ini diadakan secara tetap di NOEL Street Leisure Centre, 245 Noel Street Nottingham, NG7 6AR dibawah pengurusan Manage Muscle. Hubungi Jiten: 0115 911 00 13 atau 0777 500 1077 apabila hendak membuat tempahan. Selain daripada badminton dan bola tampar, riadah kegemaran ahli-ahli termasuklah aktiviti renang (hanya untuk wanita). Kolam renang yang kerap dijengah adalah Djanogly Leisure Centre dan John Carrol Leisure Centre. InsyaAllah, aktiviti riadah bersama ini akan diteruskan sehingga akhir bulan Jun dan akan dihentikan buat seketika untuk menyambut Ramadhan dan Syawal. Laporan oleh: Norzaiha Norhan
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |