Satu perlawanan testimonial sempena kepulangan seorang lagi pemain berbakat besar NMC FC, Sdr ZulWaqar telah diadakan pada 15 Januari 2012 yang lalu. Perlawanan yang diadakan di Sports Centre University Park, University of Nottingham ini telah disertai oleh warga NMC yang hadir memberikan sokongan meskipun dalam keadaan cuaca yang hampir di paras beku. Pihak NMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau di atas segala sumbangan beliau sepanjang berada di Nottingham. Semoga bertemu lagi pada lain waktu. Kami doakan beliau sentiasa berjaya dalam apa jua lapangan sekembalinya di tanahair, InsyaAllah. disediakan oleh: MHY
0 Comments
Leave a Reply. |
Nottingham Malaysian Community Football Club (NMC FC)
NMC FC ditubuhkan bagi memenuhi keperluan majoriti warga NMC yang meminati sukan bola sepak. Selain daripada itu, NMC FC juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan ahli di samping memastikan tahap kesihatan & kecergasan yang optimum melalui aktiviti riadah dan sukan. Interaksi & integrasi positif di antara kaum dan warga setempat, minat serta kecenderungan dalam kegiatan bermasyarakat turut dapat dipupuk melalui beberapa siri perlawanan persahabatan yang sering diadakan setiap tahun. Keahlian NMC FC adalah terbuka hanya kepada ahli berdaftar NMC. Archives
April 2019
|