Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak NMC ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasangan suami isteri: Mohd Hafiz Baharuddin dan Nur Mustakiza kerana telah berjaya mengharumkan nama NMC atas kejayaan menggondol pingat emas dalam acara bergu campuran Badminton sempena Leeds Malaysian Singapore Society (MASSoc)Games 2014 pada hari Sabtu 8 November 2014 yang lalu. Kejohanan yang mendapat penyertaan daripada pelajar Malaysia di seluruh United Kingdom itu merangkumi sukan-sukan lain seperti Futsal, Bola Keranjang dan Frisbee. Acara bergu campuran badminton yang berlangsung di The Edge Sports Complex, University of Leeds tersebut bermula kira-kira pukul 10 pagi dan pasangan Hafiz & Mustakiza telah berjaya melepasi peringkat suku akhir dan separuh akhir dengan kemenangan ‘straight set’. Dalam perlawanan akhir, wakil NMC ini telah bertemu dengan pasangan tuan rumah dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Hafiz & Mustakiza juga dengan keputusan ‘straight set’ 21-12, 21-14. Selain itu, para pemain badminton undergraduates daripada Nottingham Malaysia Society (NMS) juga telah berjaya membawa pulang satu pingat emas dan perak dalam acara bergu lelaki; dan pingat gangsa melalui acara perseorangan lelaki. Kami daripada pihak NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hafiz & Mustakiza atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga lebih ramai wakil daripada NMC yang bakal menyinar dalam kejohanan-kejohanan luar yang akan datang.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |