Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada Jumaat 27 Jun 2014, para pencinta badminton NMC telah turun ke John Carrol Leisure Centre untuk sesi latihan badminton terakhir sebelum berehat panjang sepanjang Ramadhan nanti. Walaupun tewas mengejut pada perlawanan persahabatan menentang Naseeb group bulan lalu, para pemain badminton NMC terus bangkit seakan-akan singa yang baru pulih dari kecederaan. Perlawanan persahabatan seterusnya ialah akan menentang pasukan Malaysian Loughborough pada bulan Ogos/September nanti dan diharap para pemain dapat membawa pulang kejayaan yang gemilang. Selepas ini para pemain akan berehat sepanjang bulan Ramadhan dan latihan akan disambung semula selepas Aidilfitri nanti. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pasukan badminton NMC!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |