Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada Sabtu, 13 September 2014 yang lepas telah diadakan sesi bergotong royong dan rewang sempena mengangkat barang Tuan Mirza dan keluarga ke dalam kontena. Acara seperti biasa dimulakan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh warga HELWA NMC dan dimulakan program mengangkat barang pada jam 9.30 pagi. Kemudian barang telah dimasukkan ke dalam kontena secara bergotong royong, bak kata pepatah: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tepat jam 11.15 pagi kesemua barang telah selamat dimasukkan ke dalam kontena. Usai mengangkat barang program diteruskan dengan jamuan lauk pauk yang enak sempena makan tengahari yang juga disediakan secara bergotong royong oleh warga HELWA NMC. Majlis selesai sekitar jam 4 petang. Terima kasih buat semua ahli NMC yang hadir.
Pada Sabtu, 20 September 2014 Tuan Mirza telah berangkat pulang ke Malaysia setelah sekian lama berada di bumi Nottingham ini. Tuan Mirza sekeluarga berangkat dari lapangan terbang Heathrow, London UK. Kami dari pihak NMC mengucapkan selamat maju jaya buat Tuan Mirza dan keluarga dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian, terima kasih. Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kita menanam padi, Kalau ada umur yang panjang, InsyaAllah kita berjumpa lagi.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |