Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Jumaat 5 September 2014, telah diadakan sesi latihan skuad sepak takraw NMC di Noel Street Leisure Centre, Nottingham. latihan ini adalah sebagai rangka persiapan skuad NMC sebelum menyertai London International Sepak Takraw (LIST) tournament yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. Menurut kapten pasukan, saudara Sani, yang juga salah seorang tekong skuad ini, latihan pada malam tersebut lebih menekankan aspek ketahanan fizikal dan mental di mana para pemain didedahkan dengan teknik menimang bola takraw dengan lebih berkesan dan cara-cara untuk mengawal emosi ketikamana pihak lawan membuat 'celebration' ketika memperoleh mata. Beliau yang mempunyai gaya permainan ala-ala bekas tekong Thailand, Pakdee Dangwatanapaibul juga berkata, jika ingin mengecapi kejuaraan, skuad ini perlu membuat sedikit 'homework' mengenai taktik pihak lawan disamping mencipta teknik tekong baru yang lebih agresif dan menggerunkan. Menurut killer utama pasukan (nama terpaksa dirahsiakan -sebagai strategi menghadapi pihak lawan), kekuatan skuad NMC kali ini ialah masing-masing mempunyai bakat yang terpendam, dan bakat-bakat inilah yang perlu digilap untuk memantapkan prestasi pasukan. Selepas ini mungkin beberapa lagi sesi latihan akan diadakan dan fokus latihan selepas ini akan lebih menjurus kepada rejaman dan gulungan bola yang lebih efektif disamping menggulung jaring pada tamat waktu latihan. Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad sepak takraw NMC dan semoga beroleh kejayaan pada pertandingan itu nanti.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |