Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada hari Ahad (25/01/2015) telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara NMC dengan Malaysian Coventry Society (MCS) di 3G Pitch, University of Nottingham Sports Centre, University of Nottingham. Perlawanan tersebut berlangsung dari pukul 3.06 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan dimainkan secara 7-sebelah. NMC yang diperkuatkan dari kalangan warga NMC, NMS dan NTUMS telah di kejutkan gol pembukaan oleh MCS pada separuh masa pertama. NMC cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi di hukum oleh barisan serangan MCS yang melakukan counter-attack pantas yang berjaya menghasilkan gol ke-2. Pada separuh masa ketiga menyaksikan goal-spree terhasil dari pasukan NMC dan MCS. NMC mengusai perlawanan dengan serangan-serangan berbahaya ke pintu goal lawan namun MCS berjaya menambah 3 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 5-0 menuju ke wisel penamat. Tetapi NMC berjaya juga menunjukan sedikit bibit kebangkitan pada 5 minit terakhir apabila membalas 2 gol pada penghujung perlawanan. Setelah wisel penamat dibunyikan, perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 5-2. Selepas perlawanan, Dr Kareem selaku penghulu NMC telah menyampaikan sedikit ucapan dan para pemain dijemput untuk menjamu pot-luck yang disediakan. Semoga perlawanan ini akan dapat diadakan secara tahunan dan dapat mengeratkan silaturahim antara NMC dan MCS. Sekian. Terima Kasih
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |