Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu 21 Jun 2014 yang lepas, telah berlangsung Siri Akhir Bedah Buku "Saat Berharga Untuk Anak Kita" bersama Puan Asma' Abdul Aziz anjuran bersama IKRAM dan Helwa NMC di teratak warga Helwa kita, Puan Shiera Shushieka Ghazali. Terima kasih diucapkan kepada warga Helwa yang sudi meluangkan masa untuk bukan sahaja menimba ilmu tentang tips-tips mendidik anak-anak, tetapi berkongsi idea dan pengalaman masing-masing dalam membesarkan anak-anak supaya mereka mampu mencapai objektif utama dalam kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Semoga kita berjumpa lagi di sesi seterusnya, inshaAllah. p/s: Tahniah kepada Puan Erni Marlina yang menerima hadiah untuk soalan terkumpul pada kali ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |