Assalamualaikum & salam sejahtera,
Education Malaysia UK & Ireland melalui Central Mosque London telah mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha untuk seluruh United Kingdom pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu 4 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, kami daripada pihak NMC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga NMC yang beragama Islam. Pihak NMC akan menganjurkan majlis solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya tersebut. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 4 Oktober 2014 Tempat: Surau Amenities Building, Jubilee Campus, University of Nottingham Tentatif: 9.00 am : Ketibaan para hadirin & takbir raya 9.30 am : Solat sunat Aidiladha 9.45 am : Khutbah Aidiladha 10.15 am: Jamuan (potluck) 12.00pm: Majlis bersurai Kami dari pihak NMC berbesar hati menjemput sahabat-sahabat semua untuk sama-sama hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut. Jumpa anda semua di sana..
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |