Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Ahad (24/5/2015), pihak HELWA telah mengadakan majlis Silaturrahim bertempat di Dunkirk Community Centre. Majlis tersebut bermula pada pukul 2.30 petang. Antara agenda majlis tersebut adalah Usrah bertajuk ‘Puasa Musim Panas’, diikuti bacaan doa selamat untuk ahli HELWA yang bakal pulang ke tanah air. Majlis diteruskan dengan pertandingan kuih –muih dengan tema ‘Juadah Berbuka Popular’ seterusnya jamuan ringkas dan sesi beramah mesra.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |