Pada hari Sabtu, 21 November yang lepas, telah diadakan Majlis Penghargaan yang bertempat di Radford Primary Academy. Majlis ini bertujuan menghargai perkhidmatan AJK NMC tahun ini selain meneruskan tradisi sebelum ini iaitu menyerahkan watikah kepada saf kepimpinan yang baru. Selain itu majlis ini turut melibatkan penyampaiaan hadiah kepada pemai-pemain yang terlibat dalam NMC games dan Nottingham Malaysian Games baru-baru ini. Keputusan Pilihanraya Umum NMC dan gambar-gambar ketika majlis berlangsung turut disertakan dalam laporan ini. Terima Kasih kepada semua warga NMC yang menyokong AJK sepanjang penggal ini dan semoga berjaya untuk AJK baru yang dilantik baru-baru ini.
Laporan terakhir AJK IT 2015, Mohd Anas
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |