Kelas bagi sesi pertama diadakan pada 22/5/2015 (Jumaat) dan sesi kedua diadakan pada 27/5/2015 (Rabu) bertempat di rumah Puan Nur Adila sendiri. Terima kasih kepada tuan rumah yang sangat bermurah hati menghidangkan juadah dan minum pagi sebelum kelas bermula. Kelas dimulakan dengan memberi sedikit penerangan tentang bahan-bahan yang diperlukan. Kemudian Puan Mafahirah menunujukkan kaedah membuat roti bermula dari cara menguli, mengadun dan membentuk doh secara berperingkat. Semua peserta kelihatan bersemangat untuk membentuk doh dan pelbagai gelagat melucukan dapat dilihat sepanjang proses membentuk doh. Namun masing-masing kelihatan berpuas hati dengan hasil tangan masing-masing.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |