Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu 25hb Oktober 2014, telah berlangsung satu lagi acara sukan sempena NMC Games iaitu sukan berprestij- Golf. Kedua-dua kapten pasukan, Tigers dan Lions telah bersetuju untuk menjadikan Nottingham Golf Centre di Bulwell sebagai venue pertandingan. Seramai 12 orang pemain yang telah mengambil bahagian, 6 orang daripada kumpulan Tigers dan 6 orang lagi daripada kumpulan Lions. Kumpulan Tigers diketuai oleh Kapten Saadon dan kumpulan Lions diketuai oleh Kapten Sani. Kesemua pemain telah berhimpun di hadapan clubhouse pada pukul 11.30am untuk sesi taklimat berkenaan rules and regulations; dan juga cara pengiraan markah di mana kesemua pemain bersetuju untuk menggunakan 'System 36 and stableford'. Sebanyak 3 flights yang telah dibahagikan dimana hanya 4 orang sahaja maksimum yg dibenarkan di dalam setiap flight. Pembahagian flight adalah seperti berikut: Flight 1: Saadon, Jepp, Sani dan Dr. Abd. Kareem Flight 2: Dr. Faisal Cha, Suvik, Azam dan Harris Flight 3: Nazafar, Arman, Azlan dan Dzul Dengan semangat kesukanan dan juang yang tinggi, kesemua pemain melaungkan kata-kata semangat dan kedengaran suara jeritan batinku ooppss silap.. jeritan TIGERS! dan juga LIONS! daripada pasukan masing2 sejurus sebelum bermulanya permainan. Tepat jam 12 tengah hari, flight yg pertama telah memulakan tee-off dan debaran sudah mula dirasai oleh setiap pemain. Dari bermulanya flight yang pertama, persaingan amat sengit diantara Saadon dan Sani sudah mula kelihatan. Saadon selaku status juara pertandingan golf ‘Farewell Mirza’ telah menggunakan taktik 'Attacking Game' manakala Sani pula menggunakan taktik 'Safe Game'. Pertandingan yang agak sengit juga ditunjukkan antara Jepp dan Kareem dimana Jepp kelihatan lebih selesa berikutan kelebihan pengalaman bermain di driving range. Walaupun kedua-dua pemain ini baru saja berjinak dgn sukan golf tapi mereka telah menunjukan semangat juang yang tinggi. Flight yang kedua bermula tee-off selepas flight yang pertama menuju ke 'green' lubang 1. Pertandingan sengit dijangka berlaku antara Cha dan Azam begitu juga diantara Suvik dan Harris. Cha telah menunjukan taringnya pada lubang pertama dgn mendapat Par. Azam bermain dengan tenang dan cuba mengekori rapat Cha. Terbukti saingan Azam dan Cha amat sengit. Suvik dan Harris yang hanya berbekalkan satu pengalaman bermain di padang golf semasa sesi golf’Farewell Mirza’ pula bermain dgn rentak sendiri dan cuba memberikan yang terbaik buat pasukan masing2. Seterusnya flight yang ketiga pula menyusul dan sememangnya teramat sengit dengan barisan pemain yg mempunyai pengalaman bermain golf lebih daripada setahun. Saudara Dzulkifli lebih awal lagi mendahului daripada kelompok pemain-pemain lain dan persaingan sengit diantara 3 lagi pemain iaitu saudara Nazafar, Azlan dan Arman. Oleh kerana persaingan yg terlalu sengit, flight yg ketiga hanya sempat menghabiskan 14 lubang sahaja daripada 18 lubang. Oleh kerana flight yg ketiga tidak menghabiskan 18 lubang, maka system perkiraan markah secara 'System 36 dan stableford' tidak dapat diguna pakai. Setelah berbincang dgn ahli-ahli daripada flights yg lain, semua dgn sebulat suara bersetuju untuk membuat kiraansecara bilangan pukulan (strokeplay). Kiraan pukulan hanya dibuat utk 14 lubang sahaja utk berlaku adil. Kiraan pukulan yg paling sedikit dianggap sebagai pemenang. Berikut adalah keputusan tempat 5 teratas untuk acara Golf NMC Games 2014: Pertama: Mohd Sani (NMC Lions) Kedua: Saadon (NMC Tigers) Ketiga: Dr. Faisal Cha (NMC Tigers) Keempat: Azam (NMC Lions) Kelima: Dzulkifli (NMC Lions) Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang sudi meluangkan masa dan menyumbang tenaga bagi memeriahkan acara Golf NMC Games 2014 ini. Semoga berjumpa lagi pada acara yang akan datang. Disediakan oleh: Mohd Sani
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |