Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kehangatan NMC Games 2014 diteruskan lagi dengan acara Badminton. Acara yang berlangsung pada hari Sabtu 18 Oktober 2014 di Noel Street Leisure Centre, Nottingham itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para warga NMC. Kedua-dua pasukan yang bertanding, NMC Tigers dan NMC Lions juga telah membariskan pemain terbaik mereka untuk mewakili pasukan masing-masing. Kategori-kategori yang telah dipertandingkan adalah: - Bergu Lelaki 1 - Bergu lelaki 2 - Bergu Lelaki 3 - Bergu Wanita - Bergu Campuran Untuk pasukan NMC Tigers, mereka telah menurunkan saudara Anas/Arman (bergu lelaki 1), Khairuddin@Pak Din/ Hafiz Baharudin (bergu lelaki 2), Hilmi/Fazrul (bergu lelaki 3), Mustakiza/Raudzah (bergu wanita) dan Jefri/Elissa (bergu campuran). Manakala untuk pasukan NMC Lions, mereka telah membariskan saudara Asyran/Fadly (bergu lelaki 1), Helmi/Shah (bergu lelaki 2), Azam/Hadi (bergu lelaki 3), Ain/Sabariah (bergu wanita) dan Sani/June (bergu campuran). Berikut adalah keputusan penuh perlawanan: - Bergu lelaki 1: NMC Lions menang 21-15, 21-11 - Bergu lelaki 2: NMC Tigers menang 21-16, 21-15 - Bergu lelaki 3: NMC Lions menang 16-21, 21-5, 21-13 - Bergu wanita: NMC Tigers menang 21-3, 21-9 - Bergu campuran: NMC Tigers menang 23-21, 21-14 Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pemain yang telah berjuang memerah keringat dan semua sahabat NMC yang sudi hadir memeriahkan acara tersebut. Semoga berjumpa lagi pada acara yang seterusnya. Jurugambar: Muhammad Asyran
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |